اذا لم تجد ما تبحث عنه يمكنك استخدام كلمات أكثر دقة.
al jarh wa al ta'dil antara ilmu ulum al-hadith terpenting dan terbesar. Melalui ilmu ini ‘adalah dan dabt para perawi dapat diketahui. Demikian juga perihal keadaan mereka dari sudut ta'dil yang menghiasi diri atau tajrih yang merendahkan martabat mereka. Ilmu ini hanya dimiliki secara istimewa oleh umat Islam berbanding umat yang lain. Umat Islam yang mengasas, membentuk, meletakkan kaedah dan prinsip serta mengembangkannya. Perletakan ilmu membawa kepada pemeliharaan sunnah nabi yang terakhir, rasul yang paling utama iaitu Muhammad s.a.w daripada sebarang pemalsuan dan penyelewengan serta menjadi perisai kukuh yang mebenteng dari para pendusta dan dajjal. Dapatan daripada ilmu ini para pembaca dapat mengetahui hadis nabi s.a.w sama ada sahih atau daif, diterima atau ditolak, termasuk semua athar dan khabar. Maka tidak hairanlah ilmu ini menjadi tumpuan utama para ulama hadis sehingga mereka menghasilkan banyak karya yang bernilai untuk memperkenalkannya. Kitab ini ditulis dengan meraikan tahap pelajar pada peringkat permulaan. Semua perbahasan utama di dalam kitab ini dihuraikan dengan menggunakan bahasa yang mudah dan gaya yang jelas. Turut dimuatkan nasihat atau petunjuk kepada para pelajar tentang kitab-kitab lain yang bermanfaat dan menjadi kemestian kepada mereka bagi mendalami ilmu ini.