اذا لم تجد ما تبحث عنه يمكنك استخدام كلمات أكثر دقة.
Ilmu ini adalah ilmu yang membahaskan tentang penelitian dan pengesahan terhadap nama-nama perawi hadis, nasab, kunyah serta gelaran mereka. Ia juga membahaskan tentang sejarah hidup para perawi dan segala maklumat yang diperlukan oleh pengkritik sanad seperti maklumat murid yang pernah mendengar daripada mereka dan yang tidak pernah mendengar daripada mereka, dan barangkali kadar apa yang didengar juga diperbahaskan sekadar yang mampu. Ilmu ini juga membincangkan segala yang berkaitan dengan keadaan perawi dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil di samping menerangkan tentang perihal periwayatan mereka dari sudut bersambung atau terputus. Buku ini menyentuh perbahasan ilm al-rijal dengan menggunakan gaya bahasa moden, mudah dan disertai dengan contoh-contoh yang bersesuaian serta latihan-latihan praktikal bagi membantu dan memperkasa pengetahuan para pembaca yang budiman berkaitan disiplin ilmu ini.